Cara Guna "SMARTBOARD"




(Sumber : YouTube)




Antara teknik-teknik yang boleh di lakukan ialah:

1. Menulis teks atau perkataan
Menulis merupakan aspek penting dalam membuat nota pelajaran. Pen yang pelbagai warna boleh digunakan oleh guru atau pelajar untuk menulis terus di atas whiteboard. Tulisan ini boleh di edit sesuka hati penulis tersebut.


2. Melukis dan mewarna
Di samping itu, guru atau pelajar boleh melukis dan mewarna apa sahaja yang diingini. Teknik ini sesuai sekali digunakan di dalam aktiviti kelas. Contohnya kita meminta pelajar datang ke hadapan untuk melukis gambar makanan yang halal dan haram.

3. Memasukkan gambar
Gambar-gambar menarik untuk menarik minat pelajar atau menerangkan pembelajaran dengan lebih berkesan juga boleh dimasukkan dan diimport ke dalam slide.

4. Camera Device
Di samping itu, di dalam fungsi IWB juga terdapat camera device di mana kita boleh click dan menangkap gambar di mana-mana page samada word, pictures atau website, samada bergerak atau static, dan lekatkan ke dalam slide.

5. Membuat teknik pengajaran berkesan
Terdapat berbagai teknik yang boleh kita aplikasikan terutama di dalam membuat penilaian.

i. Membuat soalan dan menutup jawapan.
Kemudian guru meminta palajar membincangkan jawapan tersebut. Kemudian guru membuka jawapan yang ditutup tadi.

ii. Membuat soalan berbentuk subjektif dan menulis jawapannya di bawah.
Tetapi jawapan tersebut menggunakan warna yang sama dengan background page. Kemudian masukkan satu kotak besar yang transparent sebagai frame kepada soalan. Pastikan frame kotak ini sama besarnya dengan teks jawapan. Paling menarik di sini ialah klita meminta pelajar membincangkan jawapan. Kemudian kita boleh menarik frame transparent tadi dan meletakkan di atas jawapan yang tidak Nampak tadi. Penggunaan warna yang berlainan dari background dan tulisan akan menyebabkan tulisan Nampak melalui transparent kotak tadi.

iii.Teknik memadam.
 
Kita juga boleh menulis jawapan sesuatu teks dan mewarnakan tulisan tersebut sama warna dengan background. Pemberitahuan jawapan soalan di beritahu kepada murid dengan memadamkan warna yang kita warnakan atas tulisan tadi.