Kesimpulan @ Refleksi



Smart Board adalah antara generasi terbaru teknologi touchscreen yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Teknologi touchscreen seperti telefon bimbit, I-pad, I-pod dan banyak lagi adalah antara aksesori yang semakin digilai terutama golongan muda. Smart Board hadir sebagai salah satu media presentation  yang lebih interaktif di mana proses penyampaian menjadi lebih mudah.smart Board adalah media penyampaian maklumat atau informasi, berasal dari Canada yang memiliki kemampuan melakukan dua presentation atau conference presentation yang dilakukan di dua tempat yang berbeza dalam masa yang sama.


Pada dasarnya, fungsi utama Smart Board adalah untuk memindahkan fungsi PC atau laptop kepada board atau LCD. Jika laptop mempunyai keyboard, monitor dan mouse, Smart Board juga ada mempunyai ciri-ciri yang sama tetapi untuk menggunakan kesemua fungsi, kita hanya menyentuh atau touchscreen pada monitor iaitu board alau LCD. Selain itu, Smard Board juga memiliki empat pen tinta digital dan satu pen penghapus digital yang mampu merangsang pengaktifan pada Smart Board yang dapat menggantikan kapur atau maker pen yang biasa digunakan pada papan putih. Dengan adanya Smart Board, proses penyampaian sesuatu menjadi lebih mudah di mana segala menyampaikan yang disampaikan boleh disimpan terus ke dalam fail dengan mudah. Di samping itu, kita juga boleh berhubung terus kepada internet melalui Smart Board.

Smart Board sangat efektif jika dapat diguna pakai dalam sistem pendidikan negara. Ini kerana, dengan segala fungsi yang ada pada Smart Board mampu memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran. Tetapi di Malaysia, penggunaan Smart Board belum lagi di komersialkan terutama di sekolah kerana beberapa kekangan antaranya ialah masalah kewangan.  Tetapi, Smart Board sudah mula digunakan di sekolah-sekolah elit seperti Sekolah Bestari dan sebagainya.